Catatan Siswa
Modenas Kriss MR1

CS hari ni nak bercerita mengenai motosikal model terbaru keluaran Motosikal Dan Enjin Nasional atau ringkasnya MODENAS. Model yang CS maksudkan ialah Modenas Kriss MR1.

CS difahamkan model ini didatangkan dengan dua variasi warna iaitu putih dan biru. Ia juga dikenali dengan nama Motosikal Rakyat sesuailah dengan konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh kerajaan dewasa ini. 

Harga Motosikal ini tidak termasuk cukai jalan ialah RM 2,948.00 (dual starter). CS merasakan harga motosikal ini begitu murah memang sesuai dengan jolokkan ‘motosikal rakyat’ yang diberikan kepadanya.

Spesifikasi Modenas Kriss MR1

Engine Type 4-stroke single cylinder SOHC Bore X Stroke 50.0 x 49.5 mm Displacement 97.2 cc Compression Ratio 9 Carburetor SPACO AV18-P Ignition System Magneto - CDI Starting System Kick and Eletric Starter Cooling System Air Cooled Lubrication Forced Lubrication Wet (Capacity 0.9 liter) Fuel Tank Capacity 4.3 liter Fuel Consumption 46.2 km/liter @ 80 km/h   Transmission Type 4-Speed Rotary Gear System Clutch Centrifugal Primary Reduction Ratio 4.058 Final Reduction Ratio 2.71 Driving System Chain   Chassis Type Pipe Backbone Front Suspension Telescopic Fork Rear Suspension Trailing Swing Arm Front Brake Drum Rear Brake Drum   Electrical System Battery 12 V 5 Ah

Animasi Dikir Besut

LAMA juga CS tidak mengemaskini blog ini, bukan kerana CS tidak mahu kemaskini blog ini tetapi CS terlalu sibuk dengan tugas-tugas seharian sehinggakan tak ada masa untuk mengemaskini blog ini.

Alhamdulillah Allah memberikan keizina kepada CS untuk mengemaskini blog ini. Hari CS memilih untuk berkongsi dengan korang semua sebuah video yang tidak kurang menariknya.

Video yang CS maksudkan ialah video animasi Dikir Besut khas untuk tontonan korang semua, CS berharap dengan menonton video ini anda semua akan terhibur menonton video tersebut.

Video Animasi Dikir Besut

CS: Menarik juga animasi ini rugi kalau anda semua tak menontonya…..

Video Kematian Gaddaffi / Gaddaffi Dead Video

Gaddaffi Dead Body

HARI ini CS memilih untuk berkongsi satu video untuk renungan bersama terutamanya pemimpin-pemimpin di seantero dunia. Kalau kita sebut Gaddaffi sudah tentu kita mesti ingat negara asalnya iaitu Libya.

Ekoran daripada kematian Gaddaffi, ini bermakna perjuangan NPC selama ini sudah menemui kejayaanya. Dengan kematian Gaddaffi yang mana beliau disifatkan seorang yang menjalankan pemerintahan bercorak kuku besi.

Timbul juga persoalan sama ada Gaddaffi sebenarnya terbunuh atau dibunuh, daripada video amatur yang CS perolehi ia membuktikan bahawa Gaddaffi bukanya terbunuh tetapi sebenarnya dibunuh.

Nampaknya, Gaddaffi sudah pun menjalani hukuman walaupun kesalahanya belum dibicarakan oleh Mahkamah. Ini lebih dasyhat daripada ISA di Malaysia di mana ianya dihukum bunuh tanpa dibicarakan.

CS mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh NPC. NPC hendaklah diheret ke mahkamah perang kerana melakukan penganiayaan terhadap Gaddaffi dengan menghukum tanpa bicara terhadap Gaddaffi.

English Version:

CS chose this day to share a video for reflection especially with leaders all over the world. If we call Gaddaffi course we must remember the original country of Libya.

Following the death of Gaddaffi, it means fighting the NPC so far have found success. With the death Gaddaffi which he deemed to be a character who carries a rod of iron rule.

There was also the question whether Gaddaffi actually killed or murdered, the amateur video that CS get it proves that Gaddaffi bukanya killed was actually killed.

Apparently, Gaddaffi already serving a sentence even kesalahanya not be tried by the Court. This is more dasyhat of ISA in Malaysia where they were executed without trial.

CS strongly condemned the inhuman acts committed by the NPC. NPC shall be taken to court for committing treachery against the war in punishing without trial Gaddaffi of Gaddaffi.

Gagal Sekali Bukan Bererti Gagal Selamanya…

MANUSIA di dalam dunia ini akan mengalami dua keadaan, dua keadaan tersebut adalah keadaan di mana hadirnya kejayaan dan keadaan di mana hadirnya kegagalan. Ramai orang yang cepat putus asa apabila mereka bertemu dengan kegagalan.

Sudah menjadi kelaziman, manusia lebih suka menghadapi kejayaan daripada kegagalan. Kebanyakkan daripada mereka tersilap tafsir mengenai kegagalan mereka tidak sedar bahawa tanpa kegagalan tiadalah kejayaan.

Mari kita belek sejarah silam mengenai saintis-saintis silam yang cuba merekacipta sesuatu tetapi pada mulanya mereka gagal tetapi setelah mereka tidak berputus asa dan terus mencuba dan mencuba akhirnya mereka berjaya juga.

Sepatutnya manusia mengambil iktibar daripada apa yang terjadi terhadap saintis-saintis silam tersebut. Bukan sepertimana sekarang ini, baru sekali gagal sudah berputus asa dan tidak mahu mencuba lagi.

Malah kebanyakkan usahawan-usahawan yang berjaya pada masa kini sebenarnya pernah melalui beberapa kegagalan sehinggalah mereka menjumpai kejayaan mereka. Inilah yang dikatakan kegagalan merupakan selangkah ke arah kejayaan.

Jadi anda semua boleh jadikan semua ini sebagai iktibar kepada anda semua. Apabila kita dilanda kegagalan usahlah berputus asa sebaliknya gandakan lagi usaha anda sehingga dapat kita merealisasikan kejayaan.

Ingatlah satu ungkapan yang berbunyi “Kegagalan Menjana Kejayaan” ungkapan ini biarlah sentiasa tersemat di diri anda semua agar anda tidak menjadi seseorang yang cepat berputus asa.

U-KISS - NEVERLAND

HARI ini CS nak berkongsi sesuatu perkara yang berupa hiburan khas buat semua pembaca setia blog Catatan Siswa, mungkin inilah cara untuk CS melafazkan ucapan terima kasih kepada semua pembaca setia blog CS yang tak seberapa ini.

Hiburan@CS hari ini ingin mengetengahkan sebuah kumpulan di Korea yang baru meningkat naik dan semakin diminati ramai bukan sahaja di Korea malahan di seantero dunia. Kumpulan yang CS maksudkan ialah U-Kiss dan lagu mereka yang tengah popular sekarang ini iaitu Neverland.

Lirik Lagu Neverland Oleh U-Kiss

Ddaddadda ddara omyeon algedwae, yaksok
Bobobo boyeo julge hwansang gateun donghwasok (Come here girl)
Maeil maeil modu oneul gateun naeil
Money Love Fashion Fame(Fame) and all that’s in between

Jamdeulji anhaneun bam, I bami saedorok
Tell the DJ turn it up up up and da, da, dance a little more
Deo manheun bam, sumanhen bam I jinado
Ureon ajik kkaji cheolbuji boy and we stay forever young

(Oh neo) neomani hamkke kajullae (meolji anheun fantasy)
Sang sang I gadeukhan I sesange
Kkeuteun eobseo Never end yeogin Neverland

Come on, come on, jujeomalgo soneul jababwa
Bildeong supeul ddurhgo haneul sairo nan nalha Fly (Fly)
Modeun geon midneun mankeum hyeonsilhiyabwa
Ni bal miteuro heuteojineun sueok gaewi stars

Jamdeulji anhaneun bam, I bami saedorok
Tell the DJ turn it up up up and da, da, dance a little more
Deo manheun bam, sumanhen bam I jinado
Geudaen eonjeggaji sonyeoil girl and we stay forever young

(Oh neo) neomani hamkke kajullae (meolji anheun fantasy)
Sang sang I gadeukhan I sesange
Kkeuteun eobseo Never end yeogin Neverland

Cheoeum nunddeumyeon mideul su eobdae, gwaenchana na yeope isseulge
Geu nugudo jansori hal irhi eobdae, yeah geunyang da nae meotdaero hae
You, me, and the DJ dancing till the break of dawn
No, no never gonna stop now Turn it up, let’s party on

Neoman I hamkke gajullae (meolji anheun fantasy)
Sangsang I gadeukhan I sesange
Kkeuteun obseo never end yeogin neverland

Kkeuteun obseo never end yeogin neverland

CS: Lagu yang dibawa oleh kumpulan ini ternyata menghiburkan
Catatan Hidup 1

SALAM kepada semua pembaca setia blog Catatan Siswa, hari ini CS nak berkongsi beberapa perkara yang berlaku dalam hidup CS sepanjang CS tidak mengemaskini blog ini khas untuk pembaca setia blog CS sekalian…

Bermacam-macam pengalaman yang CS terima sepanjang CS tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini, kata orang macam-macam perkara yang berlaku sepanjang waktu itu.

Paling bengang CS bila adik CS ni kalau dulu banyak bersama dengan CS tetapi sekarang ni asyik sibuk dengan kawan-kawan dia, balik sekolah terus pergi rumah kawan dia dah tak ada masa bersama dengan CS lagi dah.

Satu lagi yang menyebabkan darah CS menyirap ialah apabila dah lah dia sibuk dengan kawan lepas tu jadi pulak PA kawan dia dengan bertugas menjadi tukang balas mesej awek kawan dia, apa ke jenis kawan ni nak berawek pun menyusahkan kawan. Kalau kawan CS begitu jangan haraplah CS nak tolong balas mesej tu….

Lagi satu bila adik CS ni berjanji nak keluar dengan CS tapi last-last tak jadi kerana tu lah sibuk dengan kawan dia. Mula-mula CS bengang juga dengan perangai adik CS ni tapi setelah difikirkan semula yang berkawan itu fitrah manusia…tak apalah asalkan dia gembira dah ler….

CS: Semoga adik CS berbahagia dengan kawan-kawanya….

Suzanne - Muah!


Suzanne - Muah!

SALAM 1MALAYSIA kepada semua pembaca blog Catatan Siswa, hari ini CS nak berkongsi dengan anda semua pembaca setia sebuah lagu yang menjadi kegilaan ramai pada masa kini lagu tersebut dinyanyikan oleh Suzanne dan lagu tersebut bertajuk Muah!.

Muah! wah best jugak nama tajuk dia ni, untuk pengetahuan korang semua tajuk lagu ini turut menjadi kontroversi seketika kerana katanya tajuk lagu ini berbaur lucah, CS sendiri pun tak tahu di manakah yang menujukkan tajuk lagu ini berbaur lucah bagi CS mungkin ia hanya kerja wartawan yang tak ada cerita lain nak buat.

Apa-apa pun lagu Muah! ni memang best, rugi kalau korang tak dengar tau ok lah CS tak nak mengomel panjang lagi korang layanlah lagu ni di bawah ini:

Kalau korang nak lirik lagu Suzanne Muah! ni korang boleh dapatkan di bawah ini:

Lirik Muah! Oleh Suzanne

Sungguh aku sayang
Sungguh aku rindu
Ha ha ha usah kau ragu-ragu

Sungguh aku cinta
Sungguh aku mahu
Ha ha ha ku tidak malu-malu

 

*
Sayang oh sayang
Ku sayang kepadamu (muah)
Aku cintakan dirimu
Rindu oh rindu
Ku rindu padamu (muah)
Janganlah kau pergi dariku

**
Papa tolonglah (papa)
Mama tolonglah (mama)
Aku sedang mabuk cinta
Dengan si dia (ah ha)
Si jantung hatiku (ah ha)
Yang ku puja ku cinta selalu

Mama tolonglah
Papa tolonglah
Jodohkanlah aku dengannya

Chorus
Hati hati yang merindu
Inginkan belaiannya
Hari hari yang berlalu
Indahnya ku rasakan
Jiwa jiwa (jiwa jiwa)
Ku meronta (ku meronta)
Bila jauh di sisimu (di sisimu)
Berjanjilah kasih
Berjanjilah sayang
Hanyalah aku di hatimu

Ulang *
Ulang **

Mama tolonglah
Papa tolonglah
Jodohkanlah aku dengannya

Ulang Chorus 2X

Papa tolonglah
Mama tolonglah

CS: Memang best lah apa lagi layanlah Muaaaaaaaaaaaaaah!

Dikir Lawa Lava Lawa - Arris Kapilla dan Jemy Intan Berlian

DALAM artikel saya pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua sebuah lagu dikir barat yang kini popular di Kelantan ianya dinyanyikan oleh Arris Kapilla dan Jemy Intan Berlian.

Tajuk lagu ini ialah Lawa Lava Lawa. Bagi anda semua yang tidak tahu lagu ini sebenarnya turut menjadi lagu tema iklan Saleem Aziz Textiles. Ala kedai kain yang popular di Kelantan tu.

Lawa Lava Lawa - Ariss Kapilla dan Jemy Intan Berlian

Hebat juga kan lagu-lagu dikir barat zaman sekarang ni, dunia dah semakin moden sampai dikir barat pun dimodenkan, apa-apa hal pun CS rasa lagu ni memang best….

CS kadang-kadang terfikir juga orang Kelantan ni ramai yang kreatif, dan paling tepat sekali kalau CS kata orang Kelantan ni ramai yang berbakat di dalam bidang seni suara ni.

CS: Lepas ni…apabila tengok Saleem Aziz Textiles teringat kat lagu ni….

Penyanyi Punk Rock Cilik

HARI ini CS nak berkongsi info dengan anda semua berkenaan dengan seorang penyanyi Punk Rock cilik yang berasal daripada luar negara. Nama penyanyi tersebut ialah Nicolas Merritt.

Menariknya bukan sahaja Nicolas Merritt pandai menyanyi malah ia juga boleh bermain drum atau dalam istilah sebenarnya beliau seorang drummer. Drummer cilik lah katakan, memang hebat kalaulah di Malaysia ada kanak-kanak yang macam Nicolas Merritt ni kan best.

Antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau adalah American Idiot, Rockstar in My Head, Man Overboard dan first day of school. CS telah menonton semua persembahan-persembahan Nicolas Merritt ternyata memang mantap….

Bagi anda semua yang ingin menonton video persembahan-persembahan mantap oleh Nicolas Merritt bolehlah menontonya di bawah ini:

Nicolas Merritt - American Idiot

Nicolas Merritt - First Day of School

CS: Memang mantap Nicolas Meritt ni….

Lirik: Pokok oleh Meet Uncle Hussain

SALAM semua hari ini CS nak berkongsi dengan anda semua pembaca setia blog ini lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan indie yang tidak kurang terkenalnya di Malaysia iaitu Meet Uncle Hussain dengan lagu yang bertajuk Pokok.

CS harap anda semua akan terhibur dengan lagu ini. CS pohon maaf sekiranya ada apa-apa yang mungkin tidak akan memuaskan hati para pembaca setia blog Catatan Siswa namun apa yang CS janjikan akan sentiasa memberikan yang terbaik buat anda semua pembaca setia blog Catatan Siswa.

Nama Lagu: Pokok

Artis: Meet Uncle Hussain

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Korus

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Korus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok